KERUNTUHAN AKHLAK MAHASISWA/WI SEMAKIN MERUNCING - TIM. PRESIDEN


KAHERAH, 19 Nov - Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman mengingatkan kepada semua mahasiswa/wi Islam khasnya dan seluruh umat Islam mengenai dengan keruntuhan akhla di Malaysia semakin parah dan meruncing. Hal ini ditegaskan oleh beliau di dalam khutbah bersempana Hari Raya Eidul Adha yang disampaikan oleh beliau pada 16 November, di Masjid Musa.

Merujuk kepada suasana dan kes-kes yang dibentangkan di dada-dada akhbar setiap hari, beliau mengatakan bahawa keruntuhan akhlak ini merupan salah satu bahana ke atas umat Islam sekarang.

Beliau membentangkan statistik yang diperolehi mengenai pendaftaran bagi anak luar nikah bagi Melayu Islam pada tahun 2009 adalah seramai 17,303 pendaftaran dan kes rogol yang dilaporkan pada tahun 2008 adalah sebanyak 4959 kes.

"Berdasarkan statistik yang dibentang adalah sangat menakutkan kita. Statistik tersebut adalah setahun, kita tidak dapat gambarkan bagaimana kalau ia dibentang sebanyak 10 tahun. Berapa banyak lagi maksiat yang semakin berleluasa di kalangan Melayu Islam terutamanya," tegas beliau di dalam khutbahnya.

Beliau juga mengaitkan kes yang melanda sensitiviti umat Islam antaranya, lesen judi bagi pertaruhan bola sepak dunia, Islamic Fashion Festival (IFF), konsert yang memaparkan ikon gay "Adam Lambert" dan desas desus berkenaan filem yang bakal ditayangkan yang memaparkan hubungan sejenis. Kesemua ini merupakan bahana ke atas umat Islam yang terlalu ghairah terhadap hiburan yang melampau.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kembali akan peranan mahasiswa/wi Islam yang memikul amanah agama Islam. Ia merujuk kepada doa Nabi Ibrahim AS seusai membina Kaabah bersama-sama dengan Nabi Ismail AS sebagaimana yang dirakamkan di dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 129.

Di dalam ayat tersebut menyatakan Nabi Ibrahim AS berdoa kepada Allah agar dibangkitkan seorang rasul di kalangan manusia yang tugasnya adalah untuk menjelaskan ayat-ayat dan dalil Allah, mengajarkan Al-Quran dan ilmu pengtahuan yang lain, dan melakukan perkara bagi menyucikan jiwa manusia yang kotor.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa perbezaan posisi kerja bagi Malaikat dan manusia yang mengaku sebagai pejuang agama. Maka disebabkan itulah para utusan juga dibangkitkan di kalangan manusia itus sendiri.

"Kita bukan hanya sekadar mengajar, berceramah, membaca kitab dalam menyampaikan Islam. Bahkan jangan lupa doa Nabi Ibrahim yang menerangkan peranan pejuang agama Islam berkenaan "yuzakkihim" iaitu menyucikan jiwa-jiwa manusia yang lebih merujuk kepada tindakan perbuatan. Jangan hanya bercakap semata-mata, akan tetapi seiringkan dengan gerak kerja," ujar beliau dengan tegas.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger