Laporan KORBAN 2010


PERISTIWA BERGAMBAR
Penyembelih unta Dr Muaz (berbaju belang) sudah bersedia
Unta selamat dikorbankan
Kerjasama ahli DPMM diseluruh peringkat

pemandangan dari atas

suasana dalam dewan

MANSURAH, 16 Nov – Jabatan Timbalan Setiausaha Agung (Unit Kebajikan dan Kemanusiaan ) DPMM sesi 2010/2011 telah mengadakan Majlis Korban 1431H sempena Hari Raya AidilAdha bertempat di DPJA.

Majlis Korban tersebut bermula sekitar jam 8.30 pagi. Kehadiran ahli DPMM seramai 37 orang ikhwah dan 40 orang akhawat. Majlis Korban ini cukup meriah ditambah pula dengan kerjasama seluruh tenaga daripada ahli DPMM ikhwah dan akhawat. Binatang korban pada tahun ini sebanyak 1 ekor unta, 6 ekor kambing, dan 2 ekor khoruf. Pada Majlis Korban pada kali ini, DPMM menerima sumbangan seekor unta daripada Kerajaan Negeri Perak. Manakala, seekor kambing dan seekor khoruf adalah nazar dan selebihnya adalah korban.

Buat pengetahuan semua, penyembelihan unta tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Muaz Bin Kamalul Sahar (Perubatan Tahun 3 konvensional). Selesai penyembelihan kesemua binatang korban, agenda diteruskan dengan kerja-kerja melapah daging-daging korban di dalam DPJA bagi ikhwah. Manakala akhawat pula di Markaz 1.

Selepas solat asar, kesemua ahli DPMM yang hadir ketika itu dihidangkan makanan tengahari dengan menu nasi putih bersama daging masak kari. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Badan Pengurus PMRAM iaitu Naib Presiden 1 Ustaz Mohd Adlan Bin Mokhtaruddin dan Naib Setiausaha Agung Ustaz Syeikh Muhd Mujahid Bin Sikh Nawawi yang merupakan BP angkat bagi Mansurah.

Selesai semua proses melapah, kesemua daging-daging korban diagihkan kepada seluruh rumah ahli DPMM ikhwah, akhawat dan mutazawwijin. Buat akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli DPMM yang sudi hadir pada Majlis Korban 1431 H baru-baru ini. Pihak kami memohon maaf di atas serba kekurangan dan kesilapan di dalam mengendalikan Majlis Korban 1431 H pada kali ini. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan dapat menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s. Semoga Allah Taa’la memberkati kita semua dan menempatkan kita bersama orang-orang yang beriman kelak.

Majlis Korban 1431 H berakhir semuanya sekitar selepas solat isyak jam 6.30 malam.

Wallahua’lam.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

Disediakan Oleh :

Mohd Alif Junaidi Bin Haji Abdullah
Setiausaha,
Majlis Korban 1431 H,
PMRAM Cawangan Mansurah

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger