Perkongsian Bersama PTS Islamika & PTS Darul Furqan


KAHERAH, 25 Jan - Bidang penulisan merupakan salah satu lapangan yang terbaik dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.


Melalui
penulisan perkongsian tersebut dapat dirasai oleh semua masyarakat tidak kira dari pelbagai latar belakangnya maka dunia penulisan perlu diterokai dengan baik.


Perkongsian beberapa Badan Pengurus PMRAM bersama wakil daripada PTS Islamika dan PTS Darul Furqan merupakan satu pertemuan yang terbaik dalam mencari peluang menerokai alam penulisan di Malaysia hari ini sekitar jam 1.00 tengahari .


Antara
yang terlibat didalam pertemuan tersebut Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman,Timbalan Presiden PMRAM Saudara Abdul Aziz bin Ali,Naib Presiden I Saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali,Naib Presiden II Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien, Setiausaha Agung Saudara Firdauz bin Noh, Timbalan Setiausaha Agung Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi, Ketua Badan Penerangan & Penerbitan Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Ketua Badan Sambutan & Rehlah Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Nor Azri dan Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan Saudara Ibrahim bin Ani.

Manakala
wakil daripada PTS Islamika Encik Imran Azmi dan PTS Darul Furqan Encik Faris Hasbullah.

Dalam
pertemuan tersebut, pelbagai perbincangan yang berlegar sekitar dunia penulisan dan keperluan semasa bagi seorang penulis yang berlatar belakangkan pendidikan Islam khususnya.

" PMRAM mengharapkan agar kerjasama yang dijalinkan ini dapat membuka peluang kepada mahasiswa untuk melebarkan dakwah melalui medium penulisan satu masa nanti" ujar Presiden PMRAM 2011.


KEMANTPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger