[BERITA] DOREMON Menguasai Gravity'12




Mansurah,17 dan 18 Mac 2012 -

Buat julung-julung kalinya,tahun ini Hari Keluarga DPMM mencipta sejarah apabila dianjurkan di luar kawasan Mansurah.

Hari pertama Gravity'12 dilaksanakan di Pantai Balteem,Kafr Al-Sheikh. Manakala hari kedua di Dewan Persada Jazira Al-Ward(la).Program dua hari ini diisi penuh kemeriahan dan kegembiraan yang dapat dilihat pada riak wajah peserta.

Seramai 62 peserta dalam kalangan ahli DPMM menyertai rombongan ke Pantai Balteem memberikan komitmen sepenuhnya untuk setiap aktiviti.

Antara aktiviti yang diadakan di sana ialah Soccer Beach,Running Man dan acara Sukaneka.



Pada malamnya semua warga Mansurah Ikhwah makan malam BBQ yang disediakan oleh Unit Makanan Gravity'12.

Rombongan bertolak pulang ke Mansurah pada jam 10 malam.

Untuk hari kedua,Permaianan indoor berlangsung bermula jam 4.00 petang di DPJA.

Permainan yang disusun termasuk Ping Pong,Street Fighter,FIFA,Tebar Roti Canai dan acara Akhir Running Man.

Acara berlangsung dengan penglibatan semua peserta yang berakhir kira-kira jam 9 malam.

Majlis Penutup mengakhiri Gravity'12 apabila Badan Pengurus turun padang meluangkan masa bersama ahli DPMM.



Badan Pengurus yang dimaksudkan ialah saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi dan saudara Mohammad bin Mohammad Zin.

Saudara Mohammad bin Mohammad Zin turut menghangatkan lagi pertandingan Tebar Roti Canai pada malam tersebut apabila turut serta menunjukkan bakat yang terpendam.


Hadiah Pemenang keseluruhan berjaya dibolot oleh Pasukan DOREMON,manakala tempat kedua oleh kumpulan GABAN.Pasukan ULTRAMAN dan NARUTO masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.

"Syukur kepada Allah SWT kerana program ini berjalan dengan lancar dan meriah,diharapkan selepas tamatnya program ini kita dapat terus merapatkan ukhuwwah dan sentiasa bersatu tak kira di mana sahaja kita berada"

"Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program ini terutama barisan ahli jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus tak kira siang dan malam untuk menjayakan program ini" Ujar saudara Pengarah Gravity'12 Ismail bin Rosli.

"Bagi pihak DPMM ,saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa pelaksana dan ahli DPMM atas komitmen yang begitu tinggi dalam menjayakan program ini,mudah-mudahan Ukuwwah dan ikatan kekeluargaan terus berkekalan" Pesan Pengerusi DPMM 11/12 saudara Muhammad Aliffuddin bin Ramlee ketika dihubungi.




"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"



Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger