[BERITA] Q Akhir Meriah dan Bermakna!



DPM MANSURAH – 23 Mei 2012 bersamaan 2 Rejab 1433 Hijrah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012 di bawah unit Jabatan Muzakarah Berkelompok telah menganjurkan Kolokium Ilmuan (Q) siri 5 yang bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubus Jadid.

Program ini diadakan khusus untuk mahasiswi-mahasiswi Qiraat tahun satu bertujuan untuk menjelaskan kepentingan bersatu di bawah PMRAM sebagai wadah kesatuan dan bersedia bekerja untuk islam, mengukuhkan persediaan mahasiswi dalam mendepani cabaran masakini dan menyemai rasa cinta kepada persatuan.

Program ini telah dijalankan selama 1 hari. Program bermula pada jam 8.15 pagi dengan kehadiran peserta program. Seramai 24 orang peserta telah mendaftar. Pembukaan majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustazah Nurwahida Binti Saidin dengan menggunakan riwayat Imam Warsy dan disertakan asbabun nuzul ayat tersebut. Acara perasmian bermula dengan ucapan dari pengarah program iaitu Ustazah Nurul Farhana Binti Hamdan dan seterusnya dirasmikan oleh Ustazah Norhashima binti Majid, selaku Naib Pengerusi Hewi III (Ketua Unit Muhafazah) PMRAM sesi 2012.

                                                                         


Bertemakan “Ke Arah Generasi Rabbani”, program dihangatkan dengan penampilan menarik pada slot pertama oleh Ustaz Mohd Adlan bin Mokhtaruddin, mantan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009. Beliau mengendalikan slot wacana yang bertajuk “Kesatuan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam”. Di antara ahli panel bagi wacana ini telah dipilih dalam kalangan peserta Kolokium Ilmuan (Q). Ahli panel tersebut ialah Saudari Farhanah binti Mohamed Rafie dan Saudari Nik Nur Zulaikha binti Nik Zulkifli.

Program ditangguhkan seketika untuk memberi ruang kepada para peserta untuk solat zuhur dan sedikit jamuan makan.

Program diteruskan lagi dengan slot diskusi “Mazaya’ni (Bahagian II) yang disampaikan oleh Ustazah Herlina Binti Syarial. Para peserta telah memberi respon yang baik dalam sesi soal jawab kedua-dua pembentang.


                            


Dengan adanya pengisian berperingkat yang telah digariskan oleh PMRAM, bermula daripada Q pertama Q yang terakhir telah membuka pemikiran peserta akan kepentingan melibatkan diri dalam gerak kerja Islam.

Majlis diakhiri dengan Anugerah Peserta Terbaik yang menjadi milik Siti Farhah Adibah binti Mohd Shakib. Dan pihak penganjur telah memberi sedikit cenderahati kepada semua peserta sebagai kenang kenangan kerana telah mengikuti program Q bagi sesi 2011/2012 . Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ustazah Khairul Izzah binti Mahat selaku Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012.

Seterusnya ucapan penutup disampaikan oleh Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM Mansurah, Ustaz Mohd Hanif bin Osman.

Diharapkan dengan berakhirnya Kolokium Ilmuan siri 5, para peserta lebih memahami peranan sebagai seorang mahasiswa Islam dalam mendepani cabaran semasa.




"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger