[LAPORAN] GEMILANG PATRIOTIK DI MERDEKA ’12


KAHERAH, 11, 12 & 13 September – PMRAM telah mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-55 (PMHK) bertempat di Dataran Hayyu Asyir, Nadi Syabab Hayyu Sadis dan rumah-rumah negeri. PMHK  pada tahun ini bertemakan “Hayati Sejarah Manifestasi Wehdah” dan berkonsepkan taakhi. Sebanyak empat zon telah menyertai PMHK iaitu zon A,B,C dan zon D. Mansurah termasuk dalam kategori zon A. Seramai empat orang peserta telah dihantar ke Kaherah bagi mewakili Mansurah bagi zon A.

Pada hari pertama telah berlangsung perbarisan dan beberapa perlawanan outdoor seperti bola jaring, badminton dan pingpong. Zon A telah memenangi tempat pertama bagi acara pingpong dan badminton.

Pada hari kedua pula telah diadakan perlawanan indoor iaitu pantun dan debat di rumah BKAN Selangor, Hayyu Asyir. Zon A telah mendapat tempat kedua bagi acara pantun dan debat. Pada sebelah malam pula telah diadakan wacana ilmiah dan persembahan kebudayaan.

Pertandingan nasyid akhawat telah berlangsung pada pagi hari ketiga di BKAN Terengganu manakala pada waktu petang pula telah berlangsungnya pertandingan nasyid peringkat ikhwah dan seterusnya majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Zon A telah mendapat tempat kedua bagi pertandingan nasyid dan Zon B pula telah memenangi anugerah kontinjen terbaik.

Dengan berakhirnya program PMHK ini, harapan kami agar ukhuwwah yang terjalin berkekalan selamanya demi menjayakan usul PMRAM iaitu memperkasakan hubungan baik antara mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan serta bersama menjayakan slogan KITA PMRAM. Untuk akhirnya, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.



“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
"Hayati Sejarah, Manifestasi Wehdah"


Disediakan oleh
Wan Sofia 
Unit Sambutan dan Rehlah






MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN




Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger