[LAPORAN] Program Ikatan Rindu Mahabbah 2012(IRAMA'12)



 LAPORAN PROGRAM IKATAN RINDU MAHABBAH 2012 (IRAMA’12)

Mansurah, Unit Sambutan dan Rehlah Dewan Pewakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2012/2013 telah menganjurkan program Ikatan Rindu Mahabbah 2012 (IRAMA’12) bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward. Program ini telah diadakan selama dua hari, bermula pada 3 0ktober 2012 dan berakhir pada 4 Oktober 2012 pada jam 12.45 tengahari. Program ini dianjurkan khusus untuk mahasiswi Qiraat baru dan umumnya terbuka kepada semua warga DPM Mansurah, bertemakan “semai ukhuwah, jalin mahabbah”. Objektif program ialah untuk memberi gambaran jelas kepada mahasiswi baru ini tentang Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah, memberi penerangan tentang sistem pengajian mahasiswi Qiraat baru serta menyemai semangat ukhuwah dalam kalangan pelajar baru.

Program dirasmikan oleh Ustaz Mohamad Hanif bin Osman, selaku pemangku pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2012/2013. Pada hari pertama, program dihadiri oleh 17 orang mahasiswi Qiraat baru manakala pada hari kedua seramai14 orang.
Antara pengisian program hari pertama, penerangan pekeliling keselamatan semasa, taklimat sistem pengajian, slot bait muslim dan hisbah serta majlis ramah mesra bersama pimpinan DPMM sesi 2012/2013. Pada petangnya pula, program dimeriahkan lagi dengan jaulah Badan Pengurus dan HEWI PMRAM 2012.

     Pada hari kedua, program dihangatkan pula dengan forum mahasiswa bertajuk “Quantum Mahasiswa, Generasi Murabbi” yang disampaikan oleh para panelis yang cukup hebat dan berpengalaman iaitu Ustaz Abdul Malik dan Nor Shamilah Mohamad seterusnya dibentangkan dengan kronologi PMRAM, slot bersama Jabatan Muzakarah Berkelompok dan penerangan kesihatan.

     Majlis diakhiri dengan Anugerah Peserta Terbaik iaitu  Siti Nor Azizah bt Mohd Ali. Acara penyampaian hadiah dan ucapan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustazah Faiznur bt Mohamad Tarmizi selaku Naib Pengerusi 1 HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2012/2013. Semoga program IRAMA’12,dapat menambahkan pengetahuan mahasiswi baru tentang DPMM dan PMRAM serta mengukuhkan kefahaman tentang sistem pengajian Qiraat sekaligus merapatkan ukhuwah antara mahasiswi baru.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
“Semai Ukhuwah, Jalin Mahabbah”

Disediakan oleh,
Zainab Binti Abu Bakar
Setiausaha Program Ikatan Rindu Mahabbah 2012 (IRAMA’12)        



MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger