PERSEDIAAN MAHASISWA MENDEPANI PERUBAHAN.
Era globalisasi yang serba mencabar menuntut kepada persediaan diri yang mantap dan rapi untuk menghadapi segala cabaran serta mehnah yang ada di zaman ini.Mahasiswa juga tidak terlepas daripada arus globalisasi atau dunia tanpa sempadan khususnya mahasiswa yang mendalami bidang agama yang merupakan bakal ulama yang menjunjung perjuangan yang di tinggalkan Rasulullah,para sahabat serta para tabiin.Maka kita harus sedar bahawa gelaran`ulama pewaris nabi` menuntut kita untik melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran.
Melihat kepada keadaan semasa yang berlaku di tanah air kita yang jauh dari landasan agama Islam sama ada daripada segi politik,social dan ekonomi,menuntut kepada perubahan.Justeru itu,menjadi tanggungjawab kita selaku mahasiswa untuk menjadi agen penggerak perubahan.Oleh itu,persediaan diri yang mantap dan rapi perlu dilakukan untuk menghadapi segala bentuk dugaan dan cabaran yang bakal kita harungi.
Diantara persediaan yang perlu ada sebagai seorang mahasiswa adalah:-1. Kekuatan semangat(spiritual strength)
Tanggungjawab yang dipikul memerlukan kepada semangat yang kental dan jitu kerana sudah pasti pelbagai rintangan dan cabaran akan menanti kita selaku agen perubahan.Perkara ini sangat penting untuk memastikan diri tidak putus asa dan terus kekal dalam perjuangan.Maka,kekuatan hubungan kita dengan Allah merupakan satu-satu sahaja cara untuk memastikan semangat kita terus utuh.
2. kekuatan ilmu dan pengetahuan.
Pepatah inggeris mengatakan knowledge is power.Ilmu mesti menjadi asas kepada perjuangan.Tanpa ilmu semangat yang berkobar-kobar akan mudah dipadamkan dengan segala bentuk ancaman,ugutan,tawaran kebendaan dan sebagainya.Tanpa ilmu juga prinsip perjuangan mudah digadaikan semata-mata kepentingan peribadi lalu mengabaikangerakan dakwah Islamiah.
Sabda Rasulullah S.A.W mahfumnya
: ”sesungguhnya kamu akan terus berada diatas kebenaran hinggalah dating kepada kamu dua kemabukan,iaitu kemabukan jahil dan kemabukan cinta kepada dunia”.Dari hadith ini jelaslah kepada kita betapa pentingnya ilmu dalam perjuangan menegakkan kebenaran.3. Kematangan pemikiran dan pengalaman.
Kematangan dalam membuat keputusan dalam sesuatu perkara akan menjadikan gerakan mahasiswa lebih proaktif dalam mempelopori sesuatu perubahan.Oleh itu,kita perlu sentiasa membuat kajian yang teliti berteraskan ilmu pengetahuan dan diadun dengan pengalaman generasi terdahulu.Perkara ini sangat penting supaya pimpinan yang baru tidak mengulangi kesilapan lalu malah dapat mengatasi kelemahan dan kesilapan yang ada sebelum ini.Kesilapan yang berulang kali menyebabkan kita kerugian dari segi masa,tenaga dan buah fikiran.Kesannya,kita tidak mampu untuk mendepani sesuatu isu dan mengetuai sesuatu perubahan.
4. Kesatuan pemikiran dan perpaduan. Saidina Ali karamallahuwajhah berkata”kebenaran yang tidak bertanzim akan mudah dikalahkan oleh kebatilan yang bertanzim”.Oleh itu jelaslah menunjukkan kesatuan pemikiran dan perpaduan dalam menyusun strategi amat penting dalam mencapai sesuatu matlamat.Perkara ini selaras dengan maksud firman Allah dalam surah as-sof yang bermaksud supaya kita berjuang dalam satu barisan.Ketiga-tiga persediaan sebelum ini tidak akan berkesan sekiranya kita mengabaikan kesatuan pemikiran dan perpaduan.
Disediakan oleh,
MOHD ZAHIMIE BIN MOHD DZAHID.Ketua Unit Pengetahuan dan PendidikanDPMM 2009/10(coretan asal Nazri bin Abdul Samad,Ketua Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan 2001/2002)
[+/-] Baca lagi...
[+/-] Ringkaskan...