Liqo' Pengerusi


Mansurah 29 Ogos 2011 - DPM Mansurah telah menjadi tuan rumah Liqo' Pengerusi bagi dewan-dewan perwakilan mahasiswa/wi diseluruh Mesir. Dewan-dewan perwakilan yang bernaung dibawah Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM) begitu komited membawa agenda kebajikan dan isu-isu berkaitan mahasiswa dan mahasiswi.

Liqo' Pengerusi kali ini lebih menumpukan isu survival mahasiswa dan mahasiswi pelapis di seluruh dewan-dewan perwakilan di Mesir. Isu ini akan dibawa didalam Konvensyen DPM kali keempat yang akan berlangsung di Tanta tidak lama lagi.

Liqo Pengerusi ini diketuai oleh Ustaz Muhammad Asri. Beliau merupakan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat sesi 2011/2012. Turut hadir dalam Liqo Pengerusi kali ini pengerusi-pengerusi dan penasihat bagi DPM Tanta, DPM Zaqaziq , DPM Shoubra dan DPM Damanhur. Bagaimanapun DPM Iskandariah tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.




Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger